• slide1
  • slide2
  • slide3
  • slide4
  • slide5

Tuesday, November 6, 2012

Tahukah anda apa itu sel stem buah epal (Apple Stem Cell)?


 

Didalam al-Quran ada menyatakan setiap penyakit ada penawarnya. Salah satu teknologi perubatan yang sedang dikembangkan dengan pesat ialah teknologi sel stem 'stem cell'. Pengembangan sel stem memberi harapan baru bagi penyembuhan berbagai penyakit yang belum ada ubatnya sehingga sekarang.

Sel Stem adalah sel-sel tidak matang yang merupakan sel induk (master cell) di mana ia boleh bertukar, membiak dan membentuk dengan sendirinya menjadi pelbagai jenis sel dalam badan kita seperti sel saraf, sel kulit, sel darah dan semua jenis sel. . Terapi sel stem ialah sekumpulan prosedur baru dan teknologi yang memperkenalkan sel yang berkeupayaan untuk menjana atau menggantikan sel-sel yang berpenyakit dengan sel-sel baru yang sihat dan boleh berfungsi.

Sel Stem ternyata boleh digunakan untuk menjana sel-sel dan tisu-tisu gentian bagi merawat lebih 70 jenis penyakit seperti parkinson, alzheimer, leukemia, angin ahmar, serangan jantung, kencing manis, kanser, down syndrome, penyakit darah (barah, talasemia, anemia), sklerosis multipel, artritis reumatoid dan lumpuh saraf tunjang. Ia juga boleh digunakan untuk merawat sel sum-sum tulang yang rosak semasa rawatan kemoterapi atau radioterapi.

Kaedah perubatan sel stem ini juga dipanggil 'cell transplantation' (dikenali sebagai 'zellentherapie' di Eropah) telah digunakan untuk merawat lebih lima juta pesakit (menurut statistik yang berpengkalan di Jerman) yang turut menyatakan sel stem memiliki kemampuan untuk mengembalikan ingatan pesakit Alzheimer, menggantikan kulit yang hilang akibat kecelakaan yang mengerikan atau menyembuhkan orang yang begantung pada kerusi roda agar kembali dapat berjalan. Itulah di antara beberapa bukti tentang kehebatan perubatan menggunakan sel stem ini.

Sel Stem boleh di dapati dari tali pusat bayi yang baru di lahirkan, dari sel organ dan sel sum sum tulang manusia dan juga dari sel haiwan seperti arnab. TETAPI, KINI, sel stem tidak lagi diperolehi dari stem manusia atau haiwan, tetapi diambil dari stem buah-buahan seperti BUAH EPAL, salah satu buah yang paling popular digunakan untuk memproduksi sel stem.

Stem sel epal merupakan salah satu bahan yang terkandung di dalam produk Pur'LIFE. Rasailah keberkesanan dan kehebatannya. Ramai yang dah mencuba. Yang berjerawat menjadi semakin kurang jerawatnya, yang kendur sudah semakin tegang dan anjal, yang rabun sudah tidak memakai cermin mata dan pelbagai lagi testimoni yang ada dari pengguna Pur'LIFE.

Untuk membeli Pur'LIFE, sila ke ruangan order dan anda akan diberikan cara-cara untuk mengorder.




Photobucket
Photobucket